Beautiful..

Memaparkan catatan dengan label AL-kiSAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AL-kiSAH. Papar semua catatan

Ahad, 13 November 2011

i'm back..cuti sekolah season...

Assalamulaikum...
Lamakan akk menyepikan..yang datang ziarah silih berganti..tq pada yg follow blog Adam yg biasa2 ni x seberapa..ahakss..
cuti2 sekolah dah nk bermula..minggu ni..minggu terakhir sesi psekolahan tahun ni..mulalah nak cari tempat nak JJCM-jalan2 cari makan..nanti akk share kat sini yek..JJCM sebelum2 ni pun ada..tapi tak sempat nak kongsi lagi..
Ok..sempena cuti2 sekolah dah nk bermula..dan jari2 ni da berbunyi..-cuti sekolah jer..sempatlah nk ziarah blog kenkawan and blogwalking sampai ke pagi..yeah..yeahhh..mula bergendang...

Jumaat, 3 Jun 2011

siapa blogger touke Apam Polkadot...??





Buka je Facebook mana2 ada apam polkadot..ramai teman2 yg buat apam ni...sekarang da jd tsunami apam polkadot kat Malaysia ni..terma kasih insan yang sudi kongsi resepi kuih ni pada org lain..besar jasanya..
Siapa blogger yang jadi touke2 apam ni ya..bukan apam polkadot yg depa pandai buat..lebih..lebih..macam2 ada semuanya menyelerakan..bravo2..
touke2 muda ini adalah....

...siMpLY nana...


| L.E.N.S.A-N.A.N.I |

..Mereka ni memang rajin mencuba..mula2 tu nak
makan keluarga je..sekarang da buat bisness..tahniah nana dan nani..;)
So..akk pun ingin mencuba buat apam polkadot ni...mula2 tu memang tak jadi..
kali kedua baru cantikkk..belum sempat adunan kedua..da licin da kena ngap..jom tengok hasilnya....


~sekali gagal..buat lagi,sampai berjaya~

Rabu, 8 Disember 2010

SIApa anTARA SUper

Slow jer traffic minggu ni..kadang2 tak ada idea nak menulis..rasanya dah mcm tak ada orang nk follow akk..huhuhu,mcm minta simpati je eikk dan bukan mau bikin publisiti RM10sen dan kebetulan pulak adik akk hisham ace nak joint buat blog ni..so akk suggest kat dia super antara super ni..tapi dalam sunyi sepi blog akk..akk masih active..semangat masih mantop..online jer..tak depan ltop..hp pun jadiii..bila boring2 mcm ni akk jenjalan kat blog siapa antara super2 ni..antaranya la kan akk suka baca blog *!!!TOK ESAH!!!*

puas akk cari foto sebenar tok esah..hasil dari 'SIAPAKAH TOK ESAH"..dia punya kreativiti sendiri walla!..idea mencurah2 ayat pun best..walaupun dia da fofular dan banyak dapat award tok esah nak juga say haii datang jengok blog akk..terharunya..toce..toce
       akk selalu gak jalan2 kat blog en.ben..super antara super,selang berapa jam wat catatan baru,selang berapa jam wat lg..penuh jer en.ben punya catatan..mesti la terpanggil juga nak membaca..tabik..tabik jasanya besar pada blogger2..akk datang banyak kali kat web dia pun tak apa atleast menyumbang gak kat traffic en ben yang tak pernah merah..hijau jer..lg pon dia tak kenal akk pon..he3

                Lepas tu kalo akk nak melayan cerita politik yang panas2 mcm kopi panas sampai    melepuh lidah ,nak tercekik pon ada akk ke blog bujang susah
My Photo..
walaupun banyak isu2 politik..kadang2 susah akk nak komen..tapi ada juga yg tak terfikir kat kepala..melucukan pun ada dan yg paling penting isu2 yg memberi manfaat..ada juga akk copy n paste jer dari blog dia..haha kantoi

Intai2 blogger yg da berjaya kat malaysia ni tak lain dan tak bukan cik Hanis Zalikha memang comel dan cantik  Cik Hanis ZalikhaHanis Zalikha\ni..blog dia pun ada kreativiti tersendiri dan ayat sempoi jer..banyak juga idea2 yg kita anggap remeh jer sebelum ni..yang sepatutnya diberi perhatian,itu dari blog cik Hanis Zalikha

Dan juga...akk suka cuci2 mata kat blog Mat gebu..kalo pergi ke blog mat gebu macam masuk kedai  pinggan2 dan teko2 mat gebu yang cantik2 dan nampak antik..memang kena jer suai padannya..layout mat gebu pun cantik..simple dan menarik..


mat Gebu



itu antara blog2 yang menyumbang inspirasi pada akk..banyak juga blog yg best2,tapi tak bole la nk isi2 panjang2 kat sini..takut korang boring pulak.. insya'Allah nnti akk beritau lg..saje suka2 nk share..nak hilangkan boring..

Ahad, 5 Disember 2010

GalakSI kiAN SEsak?

foto en.goggle
Kemungkinan planet ke-1,000 dikesan dalam tempoh tidak sampai 20 tahun lagi

SIAPA pernah menyangka rupanya di luar sistem suria terdapat lebih 500 planet baru yang tidak dikenali dan teknologi lebih canggih dalam bidang astronomi membuatkan pakar kaji bintang yakin beratus-ratus lagi planet akan ditemui.
Pakar astronomi, Jean Schneider dalam pangkalan data ‘Extrasolar Planets Encyclopedia’ menyatakan tidak sampai 20 tahun selepas pengesahan penemuan planet pertama di luar sistem suria, ahli kaji bintang mengesan pula kehadiran planet ke-500 pada 19 November lalu.
Foto
Kewujudan planet ke-500 itu dilaporkan di tengah-tengah penemuan beberapa planet lain yang memungkinkan terdapatnya risiko penemuan sebelum ini satu amaran palsu, sekali gus mengurangkan jumlahnya.

Berdasarkan senarai pada Schneider dari Pusat Pemerhati Bintang Paris Meudon, planet ke-500 itu kelihatan seperti satu daripada empat planet baru yang ditemui di luar sistem suria. Ia tersenarai selepas satu lagi planet di luar sistem suria, HIP 13044 b dikesan dan diumumkan oleh pakar astronomi sebagai planet dari galaksi asing.

Menurut Schneider, pangkalan datanya menunjukkan sehingga 22 November lalu, sebanyak 502 planet asing sudah ditemui.

Namun, semua planet baru yang ditemui itu tidak sebesar Musytari dengan saiz antara 15 hingga 50 peratus lebih kecil, manakala jarak dari bumi dianggarkan antara 58 hingga 196 tahun cahaya.
Penemuan itu dikesan tidak sampai dua bulan selepas kejayaan menemui planet pertama di luar sistem suria yang berpotensi mempunyai habitat.

Pakar astronomi juga yakin akan memperoleh lebih banyak kejayaan dan penemuan baru sebaik menganalisis data dari Pusat Pemerhatian Angkasa Lepas Kepler milik Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA).

“Dalam sesetengah keadaan, jumlah 500 planet asing mungkin terlalu banyak untuk dicapai. Namun lebih menggembirakan melihat sudut penemuan berubah setiap kali, penemuan pelbagai planet turut bertambah.

“Pakar astronomi bukan saja menemui planet bersaiz besar diselaputi gas panas tetapi juga planet lebih kecil berbatu yang lebih kelihatan seperti bumi,” kata penganalisis di Institusi Penyiasatan dan Penyelidikan Angkasa (SET), Jon Jenkins.

Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) tidak merekodkan senarai rasmi planet di luar sistem suria sebaliknya terdapat beberapa senarai tidak rasmi seperti yang dibuat Schneider dan Makmal Pergerakan Jet NASA yang menyimpan senarainya dalam dokumen bertajuk ‘PlanetQuest: New Worlds Atlas’.

Sehingga hari ini, PlanetQuest menyenaraikan sebanyak 497 planet.

Perbezaan di antara dua senarai itu menggariskan ketidaktentuan yang wujud dalam pengesanan dan pengesahan planet di luar sistem suria. Sempadan antara planet yang disahkan dan tidak disahkan kekal mengelirukan seperti yang dikatakan Schneider sehingga beliau enggan merumuskan planet ke-500 kepada satu planet tertentu.

“Planet ke-500 seperti tidak masuk akal tetapi jumlahnya jelas dan ia akan terus meningkat,” katanya.

Kepler pula sudah mengenal pasti lebih 700 ‘calon’ iaitu bintang yang mungkin melindungi planet asing yang hanya menunggu masa pemerhatian dan pengesahan selanjutnya.

Sebahagian daripada bintang asing mungkin memiliki lebih daripada satu planet yang membolehkan planet ke-1,000 dikesan dalam masa tidak sampai 20 tahun lagi.

Bagaimanapun, pencarian planet di luar sistem suria bukan sekadar mengenai jumlahnya sebaliknya lebih kepada memahami alam semula jadi dan pelbagai dunia asing di luar galaksi kita, kata Jenkins.

“Ia mula berlaku dan pengetahuan pakar astronomi akan meningkat ketika penemuan berterusan planet di luar sistem terus bertambah. Kita mula melihat gambar keluarga planet di luar sistem suria ini. Kita memperoleh lebih banyak gambaran lengkap pengedaran dan kekerapan planet di luar sistem solar kita,” katanya.
Foto
Info

  • Sistem suria kita dianggarkan berusia sekitar 4.5 bilion hingga 5 bilion tahun. Ia terdiri daripada lapan planet utama, diikuti planet kecil seperti Pluto. Selain itu ada juga komet dan beribu asteroid yang mengorbit sistem suria.





  • Planet utama terdiri daripada Utarid, Zhurah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptune.



  • Dalam sesaat cahaya bergerak sejauh 300,000 km dan dalam sejam bergerak sejauh 1,080,000,000 km (1 bilion 80 juta km). Dalam masa setahun cahaya bergerak sejauh 10 trilion km. Bintang terdekat dengan bumi selain matahari ialah Proxima Centauri yang terletak sejauh 4.3 tahun cahaya dari bumi. 











  • BERITA HARIAN








  • Khamis, 2 Disember 2010

    Akk SUka JanTUNG Pisang

    Salam..da lama tak makan nasi berulam jantung pisang dan sambal belacan..fuhh terangkat kalo pekena gabungan dua penyedap selera tu he3..ada orang kata jantung pisang ni tak elok dimakan..angin la..x da khasiat la..jadi akk kurang2kan makan jantung pisang ni..Baru2 ni akk terbaca petikan ringkas perihal jantung pisang..sebenarnya jantung pisang ni ada khasiatnya..tu lah jangan main tuduh2 jer,,jantung pisang ni bagus sebenarnya..Apa yang bagusnya..moh..moh baca..

            Tahukah anda bahawa jantung pisang mengandungi 1/2% protein,0.3% lemak,7% karbohidrat,serta fosfuras dan zat besi.Jantung pisang memberi tenaga dan membersihkan organ2 dalam badan seperti jantung dan buah pinggang..



    Lepas ni tidak ada le..sekatan untuk akk dan peminat jantung pisang nak menikmati jantung pisang selalu..mempunyai khasiat sebenarnya...



    Ahad, 28 November 2010

    KUBUR Di KUbah MASjid NAbawi

    kubur di Kubah Masjid Nabawi: Gambar Kubah Masjid Nabawi



    Kubur di Kubah Masjid Nabawi yang mana mempunyai cerita yang patut di ketahui dan diambil iktibar. Semoga ceria Kubur di Kubah Masjid Nabawi ini dapat kita hayati bersama.
    Ketahui lebih details

    SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu di Masjid Nabawi.

    Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

    Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW– kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW–. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menyambarnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di situ. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!




    Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!
    Lihat juga..


    Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

    “Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan…kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya”



    www.ar-rifke.com



    Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...