Beautiful..

Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Khamis, 6 Januari 2011

PetUA mUJarab untUK Kecerdasan Dan INgatan

1) Kemenyan putih atau kemenyan serani ditumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan dengan sedikit gula pasir. Dimakan satu sudu pada setiap pagi untuk mendapatkan otak yang pintar dan memudahkan hafalan. Kemenyan ini boleh dibeli di kedai-kedai runcit. Nabi s.a.w. menggalakkan penggunaannya untuk kecerdasan.

2) Telur separuh masak yang dicampurkan dengan madu dan 5 hingga 7 biji badam di makan pada setiap malam. Ia adalah resepi istimewa untuk masalah - masalah yang berhubung dengan otak. Berkesan untuk mengatasi kelemahan daya ingatan, ketumpulan akal fikiran, penat selepas memerah fikiran, kerap menguap, lemah daya penumpuan, selalu berkhayal, tidak berminat dengan kerja seharian dan emosi mudah terganggu.
gambar hiasan
~dari pak ngah pesbuk~

Selasa, 7 Disember 2010

PEtua mengHILANGkan RESdung

Salam..bersin hampir 10-15 kali waktu pagi dan bila membersihkan habuk..jom..jom  akk nak kongsi.akk pun da mulakan pakai guna petua ni..tak mmerlukan modal dan ubat2 yg belum tentu keberkesanannya..Petuanya yang paling mudah dan berkesan ialah dengan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

         ~Petua dari Pak Ngah farit Ismeth Emir~



Khamis, 25 November 2010

Pehtua..Untuk mewangikan Tubuh Badan Wanita..

Pergggggghhtuaaaa LAGI ....bagi kaum2 wanita yang suka rawatan mewangikan badan cara tradisional,menjimatkan...mesra alam..kaum lelaki pun bole juga..bole tolong share je...hehe ..






Ramuannya:
Kulit Limau Purut  3 biji
Jintan Manis 1 jemput
Cekur  1 jemput
Jerangau 1 jemput
Kayu Cendana 1 jemput
Jintan Hitam  1 jemput

Rebus dan minum airnya.

Sumber: Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid

Rabu, 17 November 2010

Petua menurunkan berat badan..

Salam..lepas2 raya ni..mesti ada yang susah hati berat badan punya pasal..termasuk la diri sendiri..he3,apa taknya..pagi raya mcm biasalah,nasi impit,ketupat,rendang,kuah kacang,sayur lodeh dan macam2,itu kalo raya..kalo hari2 biasa ada jugak juadah yg menyumbang pada berat badan..kalo ada yang susah nak naik berat badan..jangan suka sangat..baik pergi check kolestrol dalam badan tu..tinggi ke rendah..ada satu kes tu..badan punya la melidi..kolestrol mak aiii..jom..jom..tengok petua apa yang sesuai untuk untuk ditelan...


Petua 1 :
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun

Petua 2 :
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Petua 3 :
Cuci dua helai daun betik tua dengan air suam sehingga bersih. Selepas itu potong kecil-kecil selebar dua jari dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama air asam jawa secukupnya dan secubit garam. Kisar hingga lumat. Tapis dan ambil airnya. Minum 3 kali sehari sebelum mengamalkannya setiap hari selama seminggu.

Membuang Lemak Badan

Petua 1 :
Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.

Petua 2 :
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Melangsingkan Tubuh

Petua 1 :
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.

Petua 2 :
Hiriskan sedikit halia dan campurkan dengan segelas air suam. Biarkan seketika. Amalkan minum pada setiap pagi.

Petua 3 :
Rebus pucuk betik hingga tinggal setengah cawan airnya. Amalkan meminumnya 2 kali sehari.

Petua 4:
Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, halia dan lada hitam sehingga halus. Campurkan dengan setengah gelas air dan ditapis. Minum air ini sebelum tidur dan amalkan selama sebulan.

- ErmilL Oyabun
View Image

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...