Beautiful..

Memaparkan catatan dengan label Doa dan amalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doa dan amalan. Papar semua catatan

Ahad, 9 Januari 2011

APakah yang anda lakuKAN lebih BAik dari seMAlam...

Topik akk hari ini....
Apa YG ANDA lakukan pada hri ini..adakah sama jer..atau makin teruk.atau lebih baik :)
itulah yg sering bermain difikiran kita semuakan..semakin hari semakin kita nak tingkatkan mutu diri ,jati diri hidup kita,macam mana ,bagaimana,nak buat apa..of course nak jadi lebih baikkan..ada ker orang nak jadi lagi teruk...huhu-putus cinta kot atau tak mahu hidup lagi atau lagi ditimpa sesutu musibah penyakit atau sebagainya...
Itulah dunia...sekilas,sepandang..umur yg semakin hari menganjak tanpa kita sedari..tup..tup da 5 tahun berlalu,10 tahun berlalu..apa yg kita da capai dalam kehidupan kita hari ni...apa yg kita telah perbaiki..tepuk dada tanya selera..mungkin dalam 10-15 tahun juga sudah ramai org yg kita kenali dan sayangi da pun meninggalkan kita kat dunia ni..apa2 pun jom sekali sekala muhasabah diri,pandang kebelakang sekali sakala..bukan pandang belakang hanya di filem sahaja..he3


‎‎‎"Apabila

Allah menghendaki KEBAIKAN bagi hamba Nya,
maka diDAHULUkan baginya HUKUMAN di
dunia (yang FANA)
(berupa musibah dan kesusahan agar TERHAPUS dosa-dosanya),

dan apabia Dia
menghendaki KEBURUKAN pada hamba Nya,
maka Dia akan MENAHAN darinya (
membiarkannya)
dengan dosa-dosanya sehingga (dosa-dosa tersebut)
diBALAS pada
hari KIAMAT (yang KEKAL ABADI)."

(HR Turmudzi)




Khamis, 23 Disember 2010

JuMAAT yaNG muLIA..syafaat Nabi


    Al-Qadhi Iyadh menyebutkan beberapa bentuk syafaat yang Nabi s.a.w. berikan
kepada umatnya. Antara lain, memasukkan sebahagian umatnya ke dalam syurga
tanpa hisab, mengangkat darjat sebahagian yang lain, menyelamatkan mereka dari neraka
bagi orang yang telah diputuskan masuk ke dalamnya, juga mengeluarkan
sebahagian yang lain dari neraka setelah mereka memasukinya.


   Antara lain, memasukkan sebahagian umatnya ke dalam syurga tanpa hisab,
mengangkat darjat sebahagian yang lain, menyelamatkan mereka dari neraka bagi
orang yang telah diputuskan masuk ke dalamnya, juga mengeluarkan sebahagian
yang lain dari neraka setelah mereka memasukinya.


   Antara cara untuk mendapat syafaat
nabi spt yg ditulis dlm al-Syifak adalah memperbanyakkan salawat ke atas Nabi
saw.Justeru hari Jumaat yg mulia ini diingatkan agar sama2 kita meningkatkan
ketaqwaan kita, jauhi perbuatan yg haram,ikhlaskan diri dalam amalan,ziarahilah
orang2 yg salih,banyakkan berdoa dan berselawat ke atas baginda saw.



oleh~Ustaz Zahazan MOhamed





Isnin, 6 Disember 2010

Salam Maal Hijrah untuk semua..



foto en.goggle
Salam..alhamdullilah sampai juga umur kita ditahun baru hijrah..semoga Allah memanjangkan,memberkati usia kita ditahun2 akan dtg..sedia maklum..ramai yang sudah membaca doa awal dan akhir tahun..alhamdullilah..renungkan kembali kebaikkan hikmah mbaca doa..


Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.


Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya..semoga beroleh keberkatan dan kemenangan..

azam tahun baru? fikir2kan la ye..selamat maal hijrah..selamat bblog semua..semoga bermanfaat..

Ahad, 5 Disember 2010

SiaPalah Kita TANpa Ibu dan BApak KIta..

Rassulullah SAW pernah bersabda : " setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak perduli masih hidup atau telah tiada )".......... niscaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Uraian hadits: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup maupun yang sudah tiada )

Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati) - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT - Sewaktu berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya: - Bagi yang mempunyai usaha, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesehatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah

Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada Ijazah,diploma dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untukibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba

. Allahhuakhbar. .

Pada saat berdoa boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu  pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (Begitupun diakhir solat lima waktu)
Caranya : ' YA ALLAH HU YA RAHMAN, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku,berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungilah mereka, Aminn yarabillial amin . ..." (Doa ini untuk orang tua kita yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH HU YA RAHIM, ampuni lah segaladosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar biji padi.......



Wassalam,

ilustrasi




Selasa, 16 November 2010

Raya kami di teratak sendiri..

Salam semua..salam Edul Adha..Sementara ada masa ni sebelum ke dapur.N luangkan masa menulis sebentar disini..
Alhamdullilah N baru sampai dari Johor Bharu petang tadi..walaupun agak2 kepenatan..tiada masa untuk berehat sebenarnya..sempat juga online sebentar ni menjeguk2 blog sendiri dan bloggers yang N follow..
       Esok kita da menyambut Raya Haji..kiranya tahun ini kali pertama tak menyambut bersama dengan mak dan abah dikampung..apa rasa mereka ya..ermm..bukan sengaja N dan keluarga tak mahu pulang..esok sebelah malam kakak N ada buat kenduri kesyukuran dan berkhatan..jika tak ada aral melintang..insya'Allah esok selepas bersembahyang raya mak dan abah dan adik perempuan N datang ke Segamat menghadiri majlis kesyukuran tu nanti..
      Selalunya..pada malam2 raya begini..kami berkumpul adik beradik..memang riuh satu rumah..5 ibu 21 orang cucu..5 ibu tu..kakak2 adik dan N yg sudah bekeluarga..tapi kali ni masing2 tak pulang ke Melaka berhari raya..termenung mak dan abah tu...huhuhu..
Tetapi dalam kesedihan N mengigatkan abah dan mak..ada lagi insan lain yang amat menanggung kerinduan..pada mereka2 yang tidak lagi mempunyai kedua ibubapa..mereka2 yang duduk berjauhan dengan kedua ibubapa dan saudara2 tersayang..yang sedang memasak untuk keluarga sendiri(ibu tunggal) dan mungkin menghabiskan kesedihan di Kopitiam..dan juga mungkin walaupun ada ibu dan ayah..mereka tidak mahu menjeguknya lagi...mereka tidak memerlukan lagi ibu dan ayah yg membesarkan mereka...aduhaiii..


Rasulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu..
( tak kira masih hidup atau telah tiada )"
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW : 


" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang
hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada
kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. .....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan
lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
Dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa
kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 



'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn
yarabillialamin. ..." 



 (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal :
"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah
bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.


Untuk mengetahui lebih lanjut:  KLIK DISINI

    Insya'Allah walaupun N tidak dapat beraya dikampung esok..N da ready nak membahagiakan mereka esok..tak kisah lah apa...janji mak dan abah suka..selagi Kasih Nur Adam menjadi pelita..akan Ku menyinari kehidupan kalian berdua...insya'Allah..amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...