Beautiful..

Memaparkan catatan dengan label rencana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rencana. Papar semua catatan

Ahad, 5 Disember 2010

RUgi RM15 ribu DItiPU raKan diFACEBOOK

Guru wanita kerugian RM15,000 ditipu rakan Facebook

KOTA BHARU: Seorang guru wanita kerugian RM15,000 selepas dipercayai ditipu seorang kenalan melalui laman sosial Facebook.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, ACP Mazlan Lazim, berkata ia berlaku selepas beberapa minggu guru wanita dari Taman Uda Murni, dekat sini, berkenalan dengan seorang lelaki yang dipercayai berasal dari Iraq.

Katanya, pada 30 November lalu, suspek menghantar khidmat pesanan ringkas melalui laman sosial itu kepada mangsa mengenai hasratnya untuk mempelajari agama Islam.
"Bagaimanapun, suspek menghubungi mangsa semalam bahawa dia menghadapi masalah dengan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana membawa sejumlah besar wang pound sterling yang tidak diisytihar.

"Selepas menerima panggilan dari suspek itu, mangsa sekali lagi menerima panggilan dari seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen dan bertanya sama ada mangsa mengenali suspek.

"Wanita itu memperkenalkan diri sebagai Fatimah dan dia dikatakan telah menawarkan diri untuk membantu membebaskan suspek dengan syarat mangsa membuat bayaran sebanyak RM15,000.

"Selepas membuat transaksi, mangsa kemudian telah menghubungi pihak Imigresen KLIA untuk memaklumkan perkara itu (kemasukan wang) tetapi mangsa dimaklumkan bahawa wanita yang mendakwa sebagai Fatimah itu bukan kakitangan jabatan itu di KLIA," katanya.
Mazlan berkata, selepas menyedari beliau tertipu, mangsa cuba menghubungi suspek tetapi tidak berjaya sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu. - BERNAMA



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Ahad, 21 November 2010

LAMAN WEB SOSIAL,KOMERSIAL, atau SYOK SENDIRI...

   Tersenyum akk kadang2 tergelak kecil membaca rencana dari Mingguan Malaysia johardy ibrahim bertarikh  ahad 22/11/2010  'LAMAN WEB SOSIAL,KOMERSIAL ATAU SYOK SENDIRI' apa taknya salah satu dari komen dari coretan penulis mengeluh apabila ditag hair clip tudung arab style padahal orang yang kena tag tu seniman yg berambut panjang dan berjanggut panjang..mungkin ada baiknya dia memerlukan clip tudung tu supaya rambut dan janggut bole diklip dan dirapi sebaik mungkin..ahaks...
View Imagemark zuckenberg
  
 Itulah srategi peniaga2 di Malaysia sekarang..apatah lagi di FB,sedangkan Fb tu asalnya laman sosial dan sekarang dah jadi laman KOMEN dan SILA order.. akk pun ada mengambil peluang bbisnes di FB ni..senang ,mudah,dan pantas dan tak perlu menyewa dan tak pakai pekerja..kalo suka bole tanda like dan komen,kalo tak suka pandang je la..tapi prinsip akk berniaga tak suka tag sesuka hati tanpa melihat SASARAN terlebih dahulu..tag pada kawan yang sesuai dan pada peniaga2 yg suka menge'tag' akk juga..adilkan..Malah laa ni,banyak pulak produk membesarkan itu dan ini,malah menjolok mata..ini pun satu yg kita beri perhatian..memang betul la firasat akk,pasti ada orang yang akan mengketengahkan isu ini....sampai en.penulis menulis pekara yg sama ..itu belum ilmu alam lagi..hikhik,kalo dulu mak2,nenek2 kita harus da baling kasut,baling apa2 la..kalo org sang suami dok ngendap isteri nak bersalin..tetapi di klinik swasta dan kerajaan demi nak membantu ,memberi semangat isteri nak melahirkan anak sudah dibolehkan en.asben(husband)  masuk..tapi lain bebeno dengan komen di FB..korang dengor yek "Isshhh tak pernah selama ni aku ikut tengok isteri aku bersalin mcm ni rupanya" gara2 'share' muat turun wanita melahirkan anak dari A-Z..tak tengok isteri bersalin..tengok wanita lain melahirkan anak..komen sikit....ya la mungkin x berkesempatan dan masalah2 lainnya..tapi yg akk mushkil tu..bole ker kita tengok yek?
       Itulah tsunami fb di Malaysia sekarang..dari dulu yang kita tak boleh,kurang tahu..sekarang share je la..mcm2 ada...baik dan buruk "LU PIKIR LA SENDIRI"kata nabil ada juga kata penulis yang menarik perhatian akk pasal isu fb ..sesuka hati mau hantam..kutuk sembrono jer..tak pun guna bahasa kiasan..nak menegur atau tak gemar pada sseorang..semakin kurang perasaan menghormati sentimen org lain..ya la munkin betul jugak..ermmmm
 Yang lagi akk suka baca tentang budaya kita kecenderungan menjadikan facebook menbuat perisytiharaan diri sendiri,yang tengah belajar,bercerita sukarnya menelaah buku teks,tgh buat tesis minta dorongan teman lain..yang sudah tamat,bangga bercerita konvokesyen,kejayaan suami atau isteri dapat ijazah..atau kejayaan anak terima sijil tamat tadika..Yang BAB TAMAT TADIKA tu..akk tak berapa setuju..akk baru buat perisytiharaan baru2 ni..nak share dengan kaum kelurga dan sahabat handai..memandangkan mereka tu jauh2 belaka..
      Ada yg akk setuju dan kurang sikit setujunya..tetapi banyak benarnya hasil coretan en.Johardy Ibrahim ni..korang klik la kat sini yek..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_12.htm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...