Beautiful..

Selasa, 16 November 2010

Raya kami di teratak sendiri..

Salam semua..salam Edul Adha..Sementara ada masa ni sebelum ke dapur.N luangkan masa menulis sebentar disini..
Alhamdullilah N baru sampai dari Johor Bharu petang tadi..walaupun agak2 kepenatan..tiada masa untuk berehat sebenarnya..sempat juga online sebentar ni menjeguk2 blog sendiri dan bloggers yang N follow..
       Esok kita da menyambut Raya Haji..kiranya tahun ini kali pertama tak menyambut bersama dengan mak dan abah dikampung..apa rasa mereka ya..ermm..bukan sengaja N dan keluarga tak mahu pulang..esok sebelah malam kakak N ada buat kenduri kesyukuran dan berkhatan..jika tak ada aral melintang..insya'Allah esok selepas bersembahyang raya mak dan abah dan adik perempuan N datang ke Segamat menghadiri majlis kesyukuran tu nanti..
      Selalunya..pada malam2 raya begini..kami berkumpul adik beradik..memang riuh satu rumah..5 ibu 21 orang cucu..5 ibu tu..kakak2 adik dan N yg sudah bekeluarga..tapi kali ni masing2 tak pulang ke Melaka berhari raya..termenung mak dan abah tu...huhuhu..
Tetapi dalam kesedihan N mengigatkan abah dan mak..ada lagi insan lain yang amat menanggung kerinduan..pada mereka2 yang tidak lagi mempunyai kedua ibubapa..mereka2 yang duduk berjauhan dengan kedua ibubapa dan saudara2 tersayang..yang sedang memasak untuk keluarga sendiri(ibu tunggal) dan mungkin menghabiskan kesedihan di Kopitiam..dan juga mungkin walaupun ada ibu dan ayah..mereka tidak mahu menjeguknya lagi...mereka tidak memerlukan lagi ibu dan ayah yg membesarkan mereka...aduhaiii..


Rasulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu..
( tak kira masih hidup atau telah tiada )"
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW : 


" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang
hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada
kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. .....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan
lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
Dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa
kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 



'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn
yarabillialamin. ..." 



 (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal :
"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah
bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.


Untuk mengetahui lebih lanjut:  KLIK DISINI

    Insya'Allah walaupun N tidak dapat beraya dikampung esok..N da ready nak membahagiakan mereka esok..tak kisah lah apa...janji mak dan abah suka..selagi Kasih Nur Adam menjadi pelita..akan Ku menyinari kehidupan kalian berdua...insya'Allah..amin..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...