Sekadar panduan buat para suami mengenali si isteri…
Jangankan lelaki biasa,Nabi pun terasa sunyi tanpa wanitaTanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resahMasih mencari walau ada segalanya.Apa yang tiada dalam syurga?Namun adam tetap rindukan hawaDijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh AllahUntuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh AllahDidiklah mereka dengan panduan darinya.Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikankerana nantinya mereka akan semakin deritaKenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekalDi situlah punca kekuatan dunia.Akal senipis rambutnya,tebalkanlah ia dengan ilmuHati serapuh kaca,kuatkanlah ia dengan iman…Perasaan selembut sutera,hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…Wanita yang lupa hakikat kejadiannya. ..Pasti tidak akan terhibur,dan tidak akan menghiburkan. ..Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…Bahkan akan semakin membengkok.. .Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…Bila wanita menjadi derhaka…pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara….Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata. ..Tapi binalah kepimpinan.. .Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi,pimpinlah diri kepadanya…Jinakkan diri kepada Allah…Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.. .Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah
~fitrah seorang wanita...dijadikan saling melengkapi lelaki dan wanita~
6 ulasan:
ingin sekali menjadi wanita yg benar2 solehah
Insya'Allah yati...:)
moga kita di kalangan wanita2 solehah. amin..
thanks nani..insya'Allah..;)
alahai... kalau anak dara tu..boleh buat menantu terus..sopan santunya duduk..
ahh..ha..ha..tergolak bosa den..buat eden malu yo..ha3
Catat Ulasan