Beautiful..

Jumaat, 21 Januari 2011

Patin OHh Patin

SEmalam..sempena Thaipusam..celik2 jer mata..asben akk da ajak jalan.."jom abang bawa pergi Pahang" wahhh! memang suka sangat nii..sapa yg tak suka kesana kesinun..ala2 melancong dalam Malaysia gitu..
da siap2 semua..mula2 sekali isi perut dulu..:)
Dari Segamat ikut ke kuantan sampai ke Simpang Gambang..mula akk singgah di Maran..tempat suami membesar dan belajar..


Di kampung Maran ni..akk terjumpa rimbunan pokok tebu..akk sangkakan tebu gading..tekaan akk silap..tebu ni adalah tebu telur..tebunya tidak bole dibuat air..tebu tu akan mengeluarkan buah seakan2 bunga kobis putih..seronokkan duduk kampung tak yah pergi beli sayur di pasar..semuanya fresh dibelakang rumah..sempat minta benih tu..
tebu telur
bergambar dengan jiran lama suami
lepas berjalan2 di kampung Maran..jom tengok sungai Pahang..santai sebentar di Sungai pahang..tenang dan mendamaikan..

sungai Pahang
Da lama bersantai..ktorg memulakan pencarian ikan Patin disepanjang sungai Pahang..kami menyusuri jalan ke Temerloh Pahang..kerana di situlah tempat ternakan ikan Patin sangkar..nak dapat yang liar..susah dahh..apa keistimewaan patin Sungai Pahang ni..da tentulah rasanya..berbeza dengan patin dari tempat lain..kurang hanyir dan enak dimasak tempoyak..
sekilo RM14
ikan patin yg baru dikeluarkan dari sangkar

pose dengan ikan patin



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...