-”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Memakai pakaian yang menutup aurat meletakkan wanita sebagai seorang yang menjaga harga diri sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh dari lelaki. Sebagaimana kita pernah terbaca bagaimana perempuan yang sentiasa bertudung akan dijauhkan daripada penyakit rambut, kulit kepala dan sebagainya. Begitu juga umat yang sentiasa menutup auratnya insya Allah akan terhindar daripada penyakit kanser kulit yang yang kerap menghinggapi wanita yang sering mendedahkan diri atau aurat mereka kepada cahaya matahari. Pada tahun 1998 sahaja seramai 2000 wanita di Amerika Syarikat mati akibat kanser kulit jenis ’sguamous cell carcinoma’. Nisbah kemungkinan manusia khasnya wanita dihinggapi penyakit kanser kulit berwarna atau ’melanomia’ di Amerika Syarikat ialah setiap 75 orang maka seorang terkena penyakit tersebut. Setiap arahan Allah ada hikmatnya yang tersendiri untuk kebaikan dan manfaat kita di dunia apatah lagi di akhirat. Islamlah nescaya kita hebat dan sihat. Firman Allah dalam ayat 81 surah an-Nahlu:
وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِمَّا خَلَقَ ظِلَالًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنَ الْجِبَالِ أَكْنَانًا وَجَعَلَ لَكُمْ سَرَابِيلَ تَقِيكُمُ الْحَرَّ وَسَرَابِيلَ تَقِيكُمْ بَأْسَكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُونَ
Maksudnya : Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya~ lebih lanjut klik disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan