Salam..akk terbaca dalam blog sahabat ni..terpanggil la untuk sama2 share info ni..ada yang kata yang penting niat kita kena betul-nak menutup aurat..dan selagi pakai tudung,menutup rambut,pakai apa2 gaya pun..TAPI,yang akk tak bole sangkal..bab yang menyerupai tu,cara pemakaian tudung sbegitu menyerupai biarawati kristian..Allahualam
Perhatian Untuk Kaum Hawa, Pemakaian Tudung Cara Kristian.
Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa disedari oleh umat Islam. Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari kelekaan umat Islam sendiri. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara orang Islam, dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)
Bagi anda yang memakai tudung seperti gambar di atas, ayuh tinggalkan fashion tersebut. Bagi suami atau bapa yang punyai isteri dan anak yang memakainya, tegahlah mereka. Bagi mereka yang punyai medium untuk menyampaikan mesej ini, sebarluaskan mesej ini untuk manfaat kita semua.
Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah taala.
"Berpakaianlah mengikut ajaran Islam"
- anakmuaallaf
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
4 ulasan:
thanks 4 info...
terima kasih kak nur
Thx for the info.
Sgt berguna.
aizuddin: sama2 ;)
aisyah:sharing is caring..:)sama2 manfaatkan
azza zahra:welcome to nur kasih..sama2 kita shre ya..:)
Catat Ulasan